Friday, August 18, 2006

Tirai malam perlahan-lahan terlerai menutup cahaya senja. Azan Maghrib daripada masjid berdekatan mula berkumandang. Semua orang sibuk berjalan mengejar kenikmatan tersedia di rumah. Tetapi aku terasa berat melangkah pulang kerana tiada yang aku harapkan selalunya ada di rumah.

Aku berdiri depan pintu rumahku dan aku boleh merasa kesepian yang menunggu di belakang pintu itu setiap hari. Aku buka pintu rumahku dan nampak kegelapan yang menyembunyikan semua yang aku pernah miliki. Aku menyalakan lampu rumah dan nampak televisyen, kerusi, meja, radio, dapur dan bilik yang tidak digunakan oleh sesiapa kecuali aku. Aku melihat mejaku yang tidak ada masakan seorang ibu atau sesiapa dan surat khabar yang tidak dibaca oleh seorang ayah. Aku tidak mendengar bunyi atau melihat adik, kakak dan abang bergurau.

Aku berjalan perlahan-lahan ke dapur yang gelap dan nampak barang-barang dapur dan alat-alat elektronik yang sepatutnya digunakan oleh seseorang ibu atau kakak. Aku nampak jemuran pakaian yang dijemurkan oleh aku sendiri. Aku tidak ada selera untuk masak apa-apa lalu aku berjalan ke bilik tidurku. Di bilikku ada sebuah katil, almari dan komputer menunggu untuk digunakan oleh aku sendiri sahaja. Aku meletakkan beg aku di tepi katilku dan duduk di atas katil lalu berfikir...

An unfinished prelim karangan wrote by my most beloved student, Mohd Khalis bin Mohd Khalil, who lost his mum to cancer. It brought me to tears especially when i thot of the first day i wondered why he looked so aimlessly in life. Physically, maybe Allah took away a lot from him but i hope that Allah is teaching him a lot of things to make him a better n most wonderful person. He deserves guidance and good blessings from Allah. khalis, there are many times that i wish i can share my mum w u. I really hope u will open up more and i promise u dat i wont let u down. Emptiness, pls go away from khalis life and heart. Made him happy and if its gonna make be less lucky in life just to make him taste a bit of happiness, i probably will.

No comments: